Salah satu jenis data ialah boolean. Boolean hanya boleh simpan dua jenis data sahaja iaitu; true atau false. Jadi, di mana boleh kita gunakan boolean ini?

Cuba ingat kembali kurungan pada if statement, while loop, dan do while loop di mana kita buat perbandingan antara dua nombor. Sebenarnya, apabila kita membuat perbandingan, kita telah menghasilkan boolean. Buktinya:

public class TutorialBoolean {
    public static void main(String[] args) {
        boolean b = 5 > 3;
        System.out.println(b);  // akan papar 'true'
    }
}

Jadi, variable boolean boleh digunakan di dalam kurungan tersebut, contohnya:

public class TutorialBoolean {
    public static void main(String[] args) {
        int nombor = 4;
        int baki = nombor % 2;
        boolean tiadaBaki = (baki == 0);

        if (tiadaBaki) {
            System.out.println("nombor genap");
        }
    }
}

Cara ini biasa digunakan untuk membuatkan code lebih mudah dibaca tanpa perlu menggunakan comment.