Sebelum ini kita membuat deployment dengan menggunakan Ant build system. Ada sesetengah steps yang mungkin terlebih rumit untuk sesetengah orang. Jika anda menggunakan Netbeans, ada beberapa shortcut yang kita boleh gunakan.

Icon

Cara yang sama digunakan seperti sebelum ini.

Executable JAR

Cara yang sama digunakan seperti sebelum ini.

Executable EXE

Untuk membuat file EXE menggunakan Netbeans, klik kanan pada project, kemudian Properties. Pergi ke Deployment, dan tick Enable Native Packaging. Klik OK.

Setelah selesai, sekali lagi klik kanan pada project, dan kita boleh nampak menu baru iaitu Package as. Untuk membuat file EXE, pergi ke Package as, dan klik Image Only.

Gambar membuat file EXE menggunakan Netbeans

File EXE tersebut akan berada di folder dist/bundle.

Tukar icon file EXE

Tukar format icon kepada .ico seperti sebelum ini. Kemudian klik kanan pada project, dan klik Properties. Pergi ke Deployment.

Di sini kita boleh nampak Icons and Splash Image:. Klik Edit…​, dan pilih gambar .ico untuk Native Package Icon.

Gambar menambah icon pada file EXE menggunakan Netbeans

Setelah selesai, hasilkan kembali file EXE seperti sebelum ini untuk lihat icon baru pada file EXE tersebut.

Executable EXE tanpa JRE

Sebab-sebab kenapa kita buat step ini telah diberitahu di post sebelum ini.

Untuk membuang JRE daripada deployment, buka file config yang berada di folder app menggunakan Notepad/Notepad++. File tersebut akan kelihatan seperti ini:

app.runtime=$APPDIR\runtime
app.mainjar=HelloJavaFX.jar
app.version=1.0
app.id=hellojavafx
app.preferences.id=hellojavafx
app.mainclass=hellojavafx/HelloJavaFX
app.classpath=

Padam path ‘runtime’ tersebut seperti ini:

app.runtime=
app.mainjar=HelloJavaFX.jar
app.version=1.0
app.id=hellojavafx
app.preferences.id=hellojavafx
app.mainclass=hellojavafx/HelloJavaFX
app.classpath=

Setelah selesai, kita boleh delete folder runtime daripada folder deployment kita.

Installer

Cara yang sama digunakan seperti sebelum ini.