Sebelum kita boleh mula programming menggunakan Java, kita perlu install Java Development Kit (JDK) terlebih dahulu.

Windows

Jika anda menggunakan Windows, cari ‘jdk’ di Google, kemudian download JDK dari website Oracle. Setelah selesai install, klik kanan pada My Computer, kemudian klik Properties. Selepas itu, klik Advanced System Properties diikuti dengan Environment Variables…. Kemudian klik New…, dan tulis JAVA_HOME pada Variable name, dan path ke JDK pada Variable value. Contoh path ke JDK ialah C:\Program Files\Java\jdk1.8.0_45 bergantung kepada di mana anda install JDK tersebut.

Linux

Jika anda menggunakan Linux, buka terminal (Ctrl+Alt+T) kemudian taip

sudo apt-get install default-jdk

Tahniah! Anda telah berjaya install JDK dalam komputer anda.

Cara alternatif tanpa download

Jika anda tidak mahu download JDK atas sebab-sebab tertentu, anda boleh mencuba Java secara online di website repl.it.