Programming dan matematik memang tidak dapat dipisahkan.

Jika kita tulis operasi matematik seperti tambah, tolak, darab, dan bahagi, program akan terus mendapatkan jawapan untuk operasi tersebut. Jadi, kita tidak perlu bersusah payah menggunakan kalkulator untuk mendapatkan jawapan.

Code berikut adalah contoh penggunaan operasi matematik dalam programming. Kita juga perlu beritahu kepada komputer untuk memaparkan jawapan dengan menggunakan System.out.println(), jika tidak komputer hanya mengira sahaja tanpa menulis jawapan.

public class Matematik {
    public static void main(String[] args) {

        // Java akan terus kira jawapan kepada operasi Matematik berikut
        System.out.println(3 + 4);
        System.out.println(5 - 7);
        System.out.println(8 * 7);
        System.out.println(2 * 3 + 5);

        // Dalam Java, kita mesti beritahu sama ada kita nak perpuluhan atau
        // tak. Kalau tak, Java akan bagi jawapan TANPA baki.
        System.out.println(9 / 2);

        // Guna modulus, '%' untuk dapatkan baki
        System.out.println(9 % 2);

        // Letak perpuluhan kalau nak jawapan dalam bentuk perpuluhan
        System.out.println(9.0 / 2);
    }
}