JavaFX ialah toolkit yang disediakan oleh Java untuk membuat graphical user interface (GUI). GUI dibuat untuk memudahkan pengguna menggunakan sesuatu program. Contohnya, browser (Google Chrome, Internet Explorer) yang anda gunakan untuk baca laman web ini ada macam-macam fungsi. Ada button Home, button Back, tempat nak tulis alamat laman web, tempat nak search, dan sebagainya.

Tutorial asas sebelum ini semuanya hanya menggunakan command line interface (seperti command prompt dan terminal) untuk melihat output sesuatu program. Di dunia sebenar, pengguna sudah tidak ada masa untuk menaip menggunakan command line. Mereka seboleh-bolehnya hanya mahu menekan satu button sahaja untuk melaksanakan sesuatu proses. Jadi, sebagai programmer, kita perlulah memudahkan, bukannya menyusahkan.

Jika anda pernah belajar Java di tempat-tempat lain, anda mungkin pernah dengar tentang Swing atau AWT yang digunakan untuk membuat GUI. Selepas keluarnya JavaFX versi 8, Swing atau AWT sudah tidak digalakkan lagi untuk sesebuah projek.

Antara kelebihan menggunakan JavaFX:

  • menggunakan konsep model-view-controller (MVC) – maksudnya diasingkan macam mana rupa program dengan apa yang program tersebut boleh buat

  • boleh customize theme menggunakan CSS

  • ada chart (pie chart, bar chart, line chart, dan sebagainya)

  • ada projek yang sedang dijalankan untuk membolehkan JavaFX run di atas Android dan iOS – klik untuk lihat JavaFXPorts