libGDX ialah salah satu game development framework yang menggunakan Java. Maksudnya libGDX sudah sediakan cara untuk membuat gambar bergerak, membuat pengiraan fizik, menambah bunyi, dan sebagainya. Kalau nak buat sendiri pun boleh dengan menggunakan LWJGL atau JogAmp. Cuma cara tersebut memakan masa, jadi kita guna sahaja game engine yang sudah sedia ada.

Bila sebut pasal game engine, biasanya orang akan fikir Unreal Engine ataupun Unity untuk projek kecil-kecilan (indie). Disebabkan ini merupakan website berkaitan Java, kita akan lihat Java juga boleh digunakan untuk game development.

libGDX disebut sebagai framework dan bukannya engine kerana libGDX tidak menyediakan editor seperti yang terdapat di Unreal Engine dan Unity. libGDX ini lebih ke bahagian programming untuk menggabungkan komponen-komponen sehingga menjadi sebuah game. Jangan bimbang, saya akan senaraikan beberapa tools untuk memudahkan kerja-kerja game development.

Walaupun boleh digunakan untuk membuat game 3D, libGDX lebih memberi keutamaan kepada game 2D. Untuk game 3D kita akan menggunakan game engine yang lain yang lebih memberi keutamaan kepada game 3D yang juga menggunakan Java.

Akhir sekali, saya letakkan trailer untuk libGDX di sini.