Scene Builder ialah salah satu software untuk membuat program JavaFX. Scene Builder boleh digunakan untuk menentukan bagaimana rupa sesebuah program JavaFX. Kita hanya perlu drag and drop sahaja untuk menentukan kedudukan, saiz dan rupa program kita.

Sepatutnya kita boleh download Scene Builder daripada laman web Oracle, tempat sama yang kita download JDK. Atas sebab-sebab tertentu, link untuk download Scene Builder tidak lagi disediakan oleh Oracle. Oleh itu, pihak Gluon mengambil inisiatif untuk mengambil alih tugas tersebut.

Jadi, kita boleh download Scene Builder di laman web Gluon.