Kalau perasan jenis data String ditulis bermula dengan huruf besar, berbanding jenis data yang lain seperti int, double, dan boolean. Ini kerana String sebenarnya ialah class.

String merupakan gabungan daripada beberapa character (huruf, nombor, simbol). Jadi, class String dibuat untuk menggabungkan character tersebut.

Sama seperti class yang lain, String juga mempunyai method yang kita boleh gunakan.

length

Kita boleh menggunakan method length() untuk mendapatkan panjang sesuatu String atau dalam erti kata lain, untuk mendapatkan bilangan character yang ada dalam sesuatu String:

package tutorialjava;

public class Main {

    public static void main(String[] args) {
        String cikgu = "Cikgu suka main bola, hari-hari cikgu main bola";
        int bilanganCharacter = cikgu.length();

        System.out.println(bilanganCharacter);
    }
}

Character yang dikira termasuklah tempat kosong (blank).

charAt

Method charAt() boleh digunakan untuk mendapatkan character daripada String. Contohnya,

package tutorialjava;

public class Main {
    public static void main(String[] args) {

        String cikgu = "Cikgu suka main bola, hari-hari cikgu main bola";

        char hurufPertama = cikgu.charAt(0);
        char hurufKedua = cikgu.charAt(1);

        System.out.println(hurufPertama);
        System.out.println(hurufKedua);
    }
}

Dalam programming, kiraan biasanya dibuat bermula dari 0 seperti ini:

0, 1, 2, 3, 4, 5…

bukannya,

1, 2, 3, 4, 5…

toLowerCase/toUpperCase

Kita boleh menggunakan method toLowerCase() untuk menjadikan String tersebut kepada semuanya huruf kecil. Method toUpperCase() pula untuk menjadikan String kepada huruf besar.

package tutorialjava;

public class Main {
    public static void main(String[] args) {

        String cikgu = "Cikgu suka main bola, hari-hari cikgu main bola";

        String cikguHurufBesar = cikgu.toUpperCase();

        System.out.println(cikguHurufBesar);
    }
}