Berikut saya senaraikan beberapa tools yang dapat membantu anda semasa membuat 2D game development. Software yang saya senaraikan ialah software yang free dan open source sahaja, jika anda mempunyai bajet yang lebih tinggi boleh beli software sama yang berbayar. Software-software ini terpulang kepada anda sama ada mahu menggunakannya ataupun tidak.

Vector Graphics

Vector graphics ialah lukisan yang menggunakan bentuk-bentuk seperti bulat, petak, bintang, dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk mengekalkan kualiti lukisan walaupun berubah saiz, contohnya jika kita mahu membuat game untuk mobile. Kita tahu skrin mobile phone ada macam-macam saiz.

Antara software untuk membuat vector graphics:

Image Manipulation

Image manipulation bertujuan untuk memanipulasi sesuatu gambar. Contohnya untuk menambah blur, menukar contrast warna, membuat distortion, dan sebagainya. Secara ringkasnya, segala apa yang boleh dilakukan oleh Photoshop.

Antara software untuk membuat image manipulation:

Concept Art

Concept art dihasilkan untuk menyampaikan idea berkenaan suasana, reka bentuk, dan makhluk-makhluk yang ada dalam sesebuah game. Concept art biasanya dihasilkan oleh para artis. Software-software ini lebih mudah jika digunakan dengan pen tablet seperti Wacom.

Antara software untuk membuat concept art:

Pixel Art

Antara art style yang biasa digunakan untuk 2D game ialah pixel art. Pixel art menggunakan resolution yang rendah sehingga kelihatan petak-petak pixel tersebut. Pixel art semakin popular dalam kalangan game indie mungkin disebabkan oleh game Minecraft.

Antara software untuk membuat pixel art:

Texture

Texture ialah gambar yang digunakan untuk permukaan. Contohnya texture hijau untuk rumput, texture petak merah untuk batu-bata, texture garis-garis coklat untuk papan, dan sebagainya. Software seperti Photoshop dan seumpamanya juga boleh menghasilkan texture. Saya cuma senaraikan software yang khas untuk membuat texture.

Antara software untuk membuat texture:

Sound Effects

Sound effects ialah bunyi-bunyi yang terhasil daripada game untuk menjadikan game lebih interaktif. Contohnya, bunyi tembakan, bunyi letupan, bunyi enjin kereta, dan sebagainya.

Antara software untuk membuat sound effects:

Music Composition

Ada game yang menambah background music untuk menimbulkan mood untuk satu-satu babak dalam game.

Antara software untuk compose music:

Audio Recording

Kita boleh menggunakan software ini untuk merakam suara jika kita mahu membuat voice acting untuk character dalam game. Selain untuk merakam suara, kita juga boleh membuat audio recording untuk menghasilkan sound effects. Kerjaya ini dipanggil sebagai Foley artist.

Antara software untuk audio recording:

Font

Ada kala kita mahu membuat font sendiri yang unik untuk game.

Antara software untuk membuat font:

Map

Ada game yang menggunakan peta seperti game Mario, Megaman, Final Fantasy, dan sebagainya.

Antara software untuk membuat map:

All-in-one editor (Level/UI/Particle effects)

Software ini mengandungi beberapa features untuk 2D game development seperti level editor, UI editor, dan particle effects editor.

Antara software tersebut:

Software sendiri

Nak buat software atau tools sendiri pun lagi bagus. Kita pun sudah belajar membuat software menggunakan JavaFX.